readers

Thursday, June 18, 2009

Keluh Kesah UIA KAMPUS KUANTAN ((Aliied Health Sciences))

Assalamualaikum. Start ahad lepas semua student IIUM course Allied Health Sciences tak senang duduk, tak senang baring, tak senang berdiri. Punca? Simple. Ada student yang dapat letter dari UIA KUANTAN suruh datang sesi dengan DEAN! Apakah? Tini text aku ahad lepas.

Tini: Salam. Nani, kau dapat surat UIA tak?Dia suruh hadir sesi dengan Dean.

Aku: Tak pun. Wajib ke benda tu?

Tini: Kalau dia tulis required, maknanya wajib ke tu?

Aku: ((Bingung))

Mulalah keluar macam2 andaian.

Andaian pertama: Yang dapat surat ni budak2 yang cgpa 3.5 je kot. ((Okay, aku tak layak))

Andaian kedua: Tini kena tukar course ke?Pulak dah...

Andaian ketiga: Takkan nak suruh register awal 2minggu kot..

Setelah Ani call A&R Kuantan, diorang tak nak beritahu sebab2 mereka dipanggil.Fine! Cuma dapat tahu, yang dapat surat ni 38 orang je.Takpe, kami tunggu sampai Rabu!

Mesti ramai yang tak tahu Allied Health Sciences ni kan? Allied ni course yang tak glamour ((menurut kata orang lah.)) Course macam medic tapi sesuai untuk2 orang2 yang malas belajar macam kami ni..((termasuk aku)) Every week jalan2..malam2 lepak borak2..(ke aku je yang buat semua benda ni?)) Yang penting muka student Allied memang tak stress yet still boleh score best in exams. Masuk lah Allied, mesti korang faham apa perasaan kitorang bila orang tanya..

"weyh, Allied Health Sciences tu course apa??"

Aku pun dah malas nak jawab. Sekarang ni pening dapat major apa pulak..Sudahnya malas nak fikir. Tini kata aku maybe boleh dapat optometry.Itu first choice aku masa interview..Dalam hati "Aku nak Dietatic". Siapa suruh kau pilih optometry dulu.Padan muka diri sendiri.

*Rabu tengahari*

Aku text Tini tanya apa yang berlaku.

Tini: bateri aku low, nanti sampai rumah aku call kau.Tapi yang penting aku still in Allied.

Syukur Alhamdulillah. Tapi still risau sebab apa yang jadi ni.Petang aku call Tini. Tini kata student Allied sekarang ni ada 125orang.UIA nak 97orang je.What??! It means 38orang kena keluar dari Allied. 10orang yang cgpa 3.5 above dah setuju nak convert Pharmacy sebab Pharmacy je ada kosong 20orang. Medic and Dentist dah full. Tinggal 28orang lagi. UIA ikot ranking num 1 sampai num 97. Orang terakhir cgpa 2.71. Bawah dari tu semua kena convert either nursing or bioscience..Semua student Allied marah. Kenapa UIA ambil ramai student Allied tapi buat camni??!

Congratulations! We have the pleasure to inform you that the University has decided to offer you admission into the Bachelor's degree programme in:

The Kulliyyah Of Allied Health Science

Ni apa yang tertulis dalam offer letter. Kenapa semua student Allied dapat offer letter camni. Mesti ada hati yang terluka, kecewa, marah.Bila hati dapat berkobar-kobar nak register kat kampus kuantan 7julai ni, mesti hati tu mati terus.Aku tak tahu nak kata apa. Aku tahu aku terselamat dari jadi mangsa semua ni, tapi hati ni tak sanggup tengok student Allied sendiri kena keluar course.huhu..

Tini dah confirm masuk diet. Aku macam mana pulak ek? DOA..hmm..Minggu pertama atau kedua kat kuantan baru dapat tahu sebab UIA pun tengah pening nak contact orang2 yang kena keluar Allied.Buat sahabat2 yang akan masuk course lain, aku harap korang semua bersabar. Aku mungkin tak tahu apa yang korang rasa, tapi jauh di susut hati ni aku rasa sedih jugak sebab student Allied dah kurang..=(


18 comments:

atyrah said...

org yang x tau allied health science tu ape pelik la..

aku doa kau dpt major yg kau nak..

=)

Norhanani Zafirah Bt Mohamad Noor Hakim said...

taw takpe.. otak tak berkembang langsung.hahha

yusrina said...

kiranya..kta xto la dpt mjor pe???
weyh..lmbt gli..
nak mintak scholar pown susah...
ngek-ngok tol la..

Norhanani Zafirah Bt Mohamad Noor Hakim said...

btw yus, tini ckp kt aku.. Dean kate nk apply scholar or ptptn bley gune offer letter tu..

Anonymous said...

Tumpang tanya.
Yg sekarang amik pmacy tu, cgpa diorang semuanya 3.5 above ke? Yang paling rendah berapa? (students yg memang dh asal amik pmacy).

Terima kasih :)

Norhanani Zafirah Bt Mohamad Noor Hakim said...

xtaw la...hee..sorry ye..

Anonymous said...

Takpe2. Hehe
Nak tanya satu lagi.
Ada tak student medic/ denti/pmacy yang kena kick turun allied/bioscience/nursing?

Hehe, thanks! :D

Norhanani Zafirah Bt Mohamad Noor Hakim said...

ade..xcukup pointer kena kick..bukan medic/denti/pmacy je, course len pun cmtu jugak..

FiDoDiDo said...

adik aku br ambil asasi allied science...
pas bc blog ka br aku fhm mcm mn flow allied science...

AD said...

Dlm Allied Health Science, nursing yang paling rendah ranking ke?

Pelajar bukan sains tulen tapi ada Math, Add Math, Sport Science boleh masuk nursing tak?

TQ.

Norhanani Zafirah Bt Mohamad Noor Hakim said...

nursing xtermasuk dlm allied health science.. kulliyyah allied n kuliyyah nursing berbeza..

Mohd Wafi said...

Assalamualaikum.

Maaf la ye kalau saya komen. Saya adalah salah seorang bekas pekerja di UIA. Bidang saya, Occupational Therapy dimana ia antara bidang didalam Allied Health Sciences. Terdapat pelbagai program Allied Health, Seperti Physiotherapy, Occupational Therapy, Nurse , MLT atau Biomedic, Speech Therapy , Audiology dan mcm2 lagi.

Profession didalam allied Health adalah Profesional dan bukannya second class. Mentaliti yang mengatakan Allied Health (AH) untuk student malas adalah salah sama sekali. Mana profession dalam bidang kesihatan adalah saling menyumbang kepada bidang perubatan. Tanpa anda semua yang sedang belajar dalam AH, adalah mustahil untuk merawat pesakit semata2 dengan doktor perubatan sahaja.

Jadi, belajarlah bersungguh2 dan manafaatkan peluang anda semua. Buanglah tanggapan retorik dan bersyukurlah dengan Kursus anda. Percayalah, kehidupan sebagai graduan AH di alam pekerjaan adalah lebih sejahtera dan bermakna.
INGAT, Betapa ramai yang hanya mampu memandang ke pagar Kampus UIA Kuantan, Indera Mahkota tapi tak mampu untuk menjadi pelajar disitu.

Mohd Wafi,
Ex - UIA,
Kulliyyah of Medcine, Dept Ortho & Traumatology.

Skrg saya di UKM, Program Terapi Carakerja, FSKB.

Norhanani Zafirah Bt Mohamad Noor Hakim said...

waalaikumsalam..

masa saya tulis post ni, masih budak-budak rasanya.. belum cukup matang. dekat pj kami semua belum terdedah dengan apa tu Allied Health Sciences yg sebenarnya. In fact masa tu majoriti berfikir kenapa lah Allah bagi kami semua masuk Allied.

Sekarang ni bila dah masuk UIA Kuantan, dah nak habis dah life as a first year student of allied health sc majoring in optometry, we all know that this is the best for us. Bila dah terdedah dengan bidang ni secara mendalam, memang susah.

Kalau dulu fikir course ni utk budak2 malas. haha.. tapi sekarang dah xboleh fikir camtu. If other people nak tahu susah tak susah course ni, tengok je lah life kitorang yang busy. Nak study pun xcukup masa.

Thanks for the comment. I really appreciate it.

Salam.=)

liz said...

sy baru habis spm and bercadang nak sambung belajar dekat uia ambil dentist punye kos tapi risau xdapat sebab sy dapat b untuk subjek bio.. peluang masih ada ke??

Norhanani Zafirah Bt Mohamad Noor Hakim said...

Liz,memang sgt2 tough nk masuk medic, phrmcy n dentist uia. kena score sume a. Tapi, kalau lah dapat course lain mcm allied ke science ke ape2 je la yg masuk asasi uia, still boleh tukar course. waktu tu senang tukar sbb rmi je bdk top student xmsuk uia sbb dpt offer overseas kan.=)

Roxy zai said...

woahh..kecut plak rasanya pas baca entry ni..hurmm..sy pun bdak allied gak..hurmm..harap2 kita semua selamat n x ditendang='(

Said Saiful Fazli said...

salam singgah!!
btw, nice blog~

Norhanani Zafirah Bt Mohamad Noor Hakim said...

Thanks btw!=)