readers

Saturday, September 7, 2013

Saya adalah jurulatih kesihatan peribadi Herbalife anda. Ask me more. :)

Bismillah..

Lama rasanya tak menulis. Aisya dah nak 10 bulan. Musim melasak sekarang ni. InshaAllah saya akan cuba sedaya upaya untuk update lebih kerap.

Masih buat Herbalife?
Yes! Jadi jangan risau. Buat sesiapa yang berminat untuk menurunkan berat badan , menaikkan berat badan dan improve masalah kulit, kesihatan dan sebagainya boleh hubungi saya dengan lebih cepat melalui Whatsapp ya. 012 377 6225

Masih ramai juga yang bertanya adakah Herbalife Nutrition selamat untuk wanita mengandung, bayi dan kanak-kanak. Yes it is safe for everybody. Even Aisya minum shake setiap hari antara 30z ke 8oz setiap hari. Selebihnya susu ibu. Alhamdulillah Allah masih beri saya kekuatan untuk menyusukan aisya tanpa campur susu formula. Mungkin kerana adanya positif environment di dalam Herbalife. 

Yes, Herbalife shake boleh bagi susu yang berkualiti untuk bayi anda InshaAllah. Sejak mengandung saya tak pernah mengambil apa-apa produk lain untuk bagi tenaga sepanjang pregnancy dan tambah susu selepas bersalin. Tidak ada lain selain Herbalife Nutrition. 

Jika ada bakal-bakal ibu yang masih mencari solusi untuk nutrisi buat anda dan bayi anda, boleh hubungi saya. Saya berada di sekitar Kajang, Bangi, Putrajaya. Buat yang jauh sedikit pun tidak ada masalah. Saya sudah dilatih untuk menjadi jurulatih kesihatan peribadi anda selama lebih 3 tahun. 

More update after this InshaAllah. Till next post. Assalamualaikum. :) 

Wednesday, July 24, 2013

Ramadhan dengan Herbalife : Khas buat ibu mengandung dan breasfeeding.

Bismillah..

Alhamdulillah dah selesai 14 Ramadhan. Sempena Ramadhan ni ramai pulak customerssss orang lain yang whatsapp, message dan sebagainya tanya aku cane nak amek aloe, teamix dan shake sepanjang berpuasa sambil mengandung atau menyusu. Seriously aku tersangatlah sibuk kalau nak reply each and everyone of you punya pertanyaan. So aku prefer untuk sharing kat sini so that ramai lagi ibu-ibu curious yang lain boleh dapat manfaat InshaAllah. By the way kat sini aku kena tekankan sikit bahawasanya ini sharing macam mana pengalaman aku sendiri berpuasa sambil pregnant dan breasfeeding. Tak semestinya cara aku buat ni berkesan untuk semuaaaaa ibu mengandung dan menyusu. But then you can try. Tak rugi mencuba kan? :)


Berpuasa sambil mengandung dengan Herbalife

Alright, tahun lepas first time aku mengandung. Kena pulak Ramadhan. Kalau korang buat research sikit sama ada selamat atau tidak wanita mengandung berpuasa, mesti korang akan dapat info waktu yg paling sesuai untuk berpuasa adalah untuk mummy2 yang pregnant di Trimester kedua. Tapi kalau mummy2 sangat kuat di trimester pertama dan ketiga why not? Bincang balik dengan doktor masing2 okey. 


Sahur
1. Kurma 3 biji
2. Aloe 3 tutup + 400ml air kosong
3. 1 sudu kecil teamix + 400ml air kosong
4. 3 sudu besar Formula 1 shake + 1 sudu Formula 3 + 400ml susu / soya / air sejuk / juice
5. Roti sekeping bersama telur dadar atau telur hancur

Berbuka
1. Kurma 3 biji
2. Aloe 3 tutup + 400ml air kosong
3. 1 sudu kecil teamix + 400ml air kosong
4. 3 sudu besar Formula 1 shake + 1 sudu Formula 3 + 400ml susu / soya / air sejuk / juice
5. Terus makan nasi macam biasa (healthy meal) directly after shake atau maghrib

Supper
1. Makan lagi makanan berat yang tak berapa nak berat macam bihun sup, bihun tomyam dan sebagainya. 
2. Shake lagi sebelum tidur.

#Air kosong cukupkan 3 liter selepas maghrib.


Alhamdulillah bila buat camni aku takde rasa letih langsung sepanjang berpuasa dan yang paling penting siap boleh gain 1 kg lagi hahaha. Sepanjang pregnant memang aku tersangatlah suka campur susu dalam setiap shake. Makan calcium plus Herbalife 3 kali sehari jugak. Agaknya sebab tu Aisya 8 bulan setengah sekarang gigi dah 6 batang hehe. 


Berpuasa sambil menyusu anak dengan Herbalife

Done untuk pregnant mom. Sekarang untuk Breastfeeding mummy pulak. Okay sekali lagi aku kena buat pengakuan di sini. Aisya Humaira dah 8 bulan masa aku mula berpuasa sambil menyusu dengan Herbalife shake dan sebagainya. So this sharing might not be a good one untuk mummy2 yang masih lagi FULL BREASTFEED. Aisya dah boleh minum shake dan makan bubur nasi di waktu siang. So demand menyusu tak terlalu banyak di waktu siang. And of course DOA tu sangat penting. Wajib doa dekat Allah supaya susu untuk anak sentiasa cukup dan melimpah ruah. Jangan stress ye mummy.


Sahur
1. Kurma 3 biji
2. Aloe 3 tutup + 400ml air kosong
3. 1 sudu kecil teamix + 400ml air kosong
4. 3 sudu besar Formula 1 shake + 1 sudu Formula 3 + 500ml susu / soya / air sejuk / juice + 2 sudu besar oat segera.
5. Roti sekeping bersama telur dadar atau telur hancur
6. Air kosong  500ml ke 1 liter

Berbuka
1. Kurma 7 biji
2. Aloe 3 tutup + 400ml air kosong
3. 1 sudu kecil teamix + 400ml air kosong
4. 3 sudu besar Formula 1 shake + 1 sudu Formula 3 + 400ml susu / soya / air sejuk / juice
5. Terus makan nasi macam biasa (healthy meal) directly after maghrib

Supper
1. Shake Herbalife 3 sudu besar without F3

#Air kosong minimum 3 liter


Alhamdulillah dengan cara ni waktu siang bila aisya kurang menyusu memang boleh bengkak breast aku. Susu sangat cukup untuk aisya. As for mummy yang masih menyusu bayi sepenuhnya boleh makan berat sewaktu sahur. Contoh nasi sket bersama ikan. kalau tak larat cuba lah campur oat dalam shake. Alhamdulillah berat aku turun sket dah sepanjang 14 hari Ramadhan dan yang paling best FAT dah turun 3%. Bestttt! Hehe.

Hari ni aku dengan abang sama-sama terlepas sahur sebab kepenatan sangat. Risau jugak susu untuk aisya kurang tapi Alhamdulillah masih cukup walaupun tak minum shake langsung masa sahur. Tapi tenaga MashaAllah... Letih gila tak sahur. Seriously tak faham cane dulu sebelum Herbalife aku boleh bertahan tanpa sahur. Lesu sangat. Bila bersahur dengan Herbalife macam tak rasa berpuasa. Energy macam biasa. Best sangat. Alhamdulillah syukur. 

Done sharing experience saya sendiri mengandung dan menyusu dengan Herbalife di bulan Ramadhan ni. Kalau ada mummy2 yang pregnant dan breasfeed nak bertenaga sepanjang Ramadhan dan bulan2 lain dengan herbalife, feel free untuk whatsapp atau message saya ye. :) 


012 377 6225
Personal Wellness Coach


Monday, July 8, 2013

Ramadhan, Herbalife, Breastfeed.

Bismillah..

Dua hari lagi InshaAllah kita semua umat Islam akan menyambut Ramadhan. Ini merupakan Ramadhan kelima aku bersama Nutrisi Herbalife. Excited? Yes! Ramadhan kedua bersama suami dan Ramadhan pertama bersama sikecik yang makin hari makin aktif Aisya Humaira. Nervous jugak sebenarnya sebab kali ni berpuasa sambil menyusukan Aisya. Hari tu dah practice sikit-sikit, alhamdulillah hanya dengan bersahurkan kurma, aloe, teamix, shake Herbalife susu badan sikit pun tak kurang. Sama macam selalu. Aisya dah genap 8 bulan hari ni Alhamdulillah. Makin lasak, cerdik Alhamdulillah. 

Bila Aisya makin membesar, setiap hari aku fikirkan macam mana nak besarkan anak sendiri supaya dia tak spoil bila besar. Hidup kita sentiasa dipengaruhi oleh ibu bapa kita sendiri kan. Jadi sedikit sebanyak aku duplicate cara mama abah didik aku dulu. And suprisingly sebenarnya didik anak ni sama macam kita didik business partner a.k.a downline in Herbalife. 

Selalu kita dengar leader cakap 'We have to teach our downline how to fish, not give them fish!' Tell show try do sangat penting. 

Aku perasan baby ni cepat belajar. Semua baby of course. Not strictly untuk baby Herbalife je. Bila kita ajar baby senyum, sooner or later dia akan duplicate apa kita buat. Abah dengan mama didik aku n adik beradik dulu dengan sangat independent. Sekolah rendah dah iron baju sendiri, kemas rumah, jemur kain. Pendek kata semua tugas dekat rumah dibahagikan. Hari ni kau buat ni aku buat ni. Masa tu aku fikir abah buat semua ni nak memudahkan tugas diorang mungkin. Yela, dorang kerja penat kot, anak dah mula membesar, sambil menyelam minum air.

Bila dah besar pulak abah 'paksa' kami ambil lesen kereta secepat mungkin. Jadi driver mama. Seriously mama sampai sekarang dah dekat 8 tahun tak drive sangat. Siapa lagi nak ringankan beban orang tua kalau bukan anak? Even kalau pergi pasar ke supermarket ke kitorang akan berusaha elakkan mama dari angkat sebarang plastik. Sama macam kalau kitorang nak apa-apa. Go and get them by yourself. Lapar? Cari sendiri or masak sendiri. Haus? Ambil sendiri. Kalau semua benda pun mama abah kena tanya, angah nak makan ni? Nak minum ni? Nak mama buatkan ni? Nak beli ni ke? Nak beli tu Ke? Ohoiiii gila anak raja! Kena lempang satgi baru tau.

So sama macam Aisya, aku sayang dia, tapi dalam masa yang sama taknak dia jadi spoil. Dia nak tergolek ke, masuk lumpur ke, masuk semak ke main kotor ke semuanya process of learning. Sama macam distributor Herbalife. Mama selalu pesan jangan biasakan Aisya dekat aircond, jangan selalu di pegang atau di layan, jangan itu jangan ini. Semuanya nak bagi Aisya independent. Semoga Allah terus bimbing aku untuk didik dia jadi anak yang solehah. First time Ramadhan nak bawak Aisya sekali untuk Terawih. Nervous! 

Ramadhan bukan alasan untuk kita lembik, lesu ye! Kawal nafsu makan supaya Tarawih pun mudah je. Tak tersengguk-sengguk hehe. Ni Ramadhan kelima aku dengan Herbalife. Alhamdulillah sebelum ni sangat bertenaga. Tak letih pun. Bestttttt sangat! Mama pun lagi bertenaga sahur shake dari makan berat time sahur. 5 minit je dah siap menu sahur yang cukup nutrisi. Hehe. Ibu-ibu muda digalakkan untuk ajak suami-suami anda bersahur dengan shake. :D 

Ada sesiapa yang nak berRamadhan dengan herbalife? Allow me to coach you!  0123776225

Monday, May 20, 2013

Redha.



Bismillah..

Kadang-kadang hidup kita bagai roda. 
Sekejap di atas, sekejap di bawah. 
Sekejap gembira, sekejap duka. 
Sekejap manis, sekejap pahit. 

Kekuatan yang diminta. 
Ujian yang datang bertimpa-timpa. 
Cantik perancangan Allah. 
Moga aku redha.

Penat. 
Bukan fizikal. 
Tapi mental. 
Kalau fizikal yang di uji mungkin aku tak endah. 
Mudah sangat. 
Aku kuat fizikal. Ahamdulillah. 
Bila mental yang di uji, parah. 

Ya Allah, semoga aku terus kuat. 

Ameen. 


Monday, May 13, 2013

Medical & Health Professional Meeting with a Nobel Price Winner Dr Louis Ignarro

Bismillah..

Alhamdulillah. Hari ni dapat rehat / lari sekejap dari all those reports, thesis, classes, clinics etc. Oh btw I had just done my Viva and Final Year Project Poster Competition wehooo. Tu yang boleh bergembira sekejap ni. Yeah I really mean it. Memang sekejap. Sangat banyak lagi kerja kena submit this coming weekdays. Huh.

Okay, I am not going to talk about optometry. Sooo boring kan.

Last Saturday (4th May 2013) , I attended a meeting with a Nobel Price Winner! Kau tau tak award tu untuk apa? Hanya orang yang dah menjumpai sesuatu yg sgt penting utk masyarakat je boleh dapat award ni. Dapat hadiah syiling emas besar bola sepak.

Dr Louis Ignarro got the award in 1998. Dia menjumpai bahawa Nitric Oxide sangat penting untuk manusia. And you knowwwww what?? Dia ada cakap yang kat US banyakkk gila company product kesihatan ini itu, supplement ini itu, tapi semuanya takde Nobel Price Winner behind them. Hehe. Herbalife is a nutrition company that comes in package with a Nobel Price Winner. Teruja tak? :p

During the special session with Dr Louis Ignarro, basically apa yg dia cakap lebih kurang je dgn session dgn all Herbalife distributors, tapi part yg best bila ada Q&A session. Aku ni belajar pun tak habis lagi, jadi saya hanya mendengar. Hehe. So apa soalan-soalan yang ditanya?

Q1 : What qualities differentiate between our omega 3 fish oil (Herbalife) and other omega 3 fish oil being sold outside?
A1 : I do not know about other omega 3 by other company. All I know is I have a great confidence 
with all the nutritional supplements in Herbalife. I know that omega 3 in Herbalife has the highest quality. I just afraid not taking Herbalife products.

Q2 : What is the benefit of taking NW Formula one hour before exercise / workout?
A2 : Basically NW Formula protects us from cardiovascular disease. So, taking NW Formula before workout or exercise will give you energy. Even me taking 12 scoops of NW Formula 4 hours before cycling.

Q3 : Is NW Formula safe for pregnant woman?
A3 : By law in Malaysia I cannot give a statement that it is save for pregnant woman. However, think again the contains of NW Formula; L-Arginine and Vitamin C right, so you decide by yourself.

Q4 : When people with cardiovascular problems need to start taking NW Formula?
A4 : 10 years before you get myocardiac infarction. :)

Q5 : What about the dose in taking Formula 1 and all Herbalife products?
A5 : As much you could afford!

Q6 : *translate into Malay. Susah nak faham kalau aku tulis english* Selalunya ikan-ikan laut dalam ada kandungan raksa (mercury). Jadi, apa komen Dr Louis tentang kandungan raksa di dalam Omega 3 fish oil Herbalife?
A6 : That is why I told you guys before that I know Herbalife omega 3 fish oil has the highest quality. All I can is the contain of mercury in our Omega 3 fish oil is negligible.



So basically ramai yang bertanya kenapa NW Formula ni kena ambil sebelum tidur? Very simple. According to Dr Louis Ignarro, waktu tidur badan kita produce Nitric Oxide pada kandungan yang 
paling sedikit. Sebab tu kebanyakkan kes orang kena serangan sakit jantung adalah ketika dia sedang 
tidur. Jadi dengan pengambilan NW Formula ni sebelum tidur, production of NO ni akan berlaku dengan lebih baik.

Kandungan NW Formula ni cuma L-Arginine dan Vitamin C. Dr Louis cakap all sorts of food that contained Vitamin C mostly will produce NO dalam badan. Ini termasuk jugak protein of course our Herbalife Formula 1 shake and Omega3 fish oil. So takyah nak ragu-ragu boleh makan ke tak. 

Yang paling best pasal NW Formula ni adalah dia boleh reverse sakit jantung. Jadi kalau ada sesiapa ahli keluarga anda yang ada sakit jantung, darah tinggi,stroke, please please please introduce them with this amazing product created by a Nobel Price Winner. Dr Louis Ignarroisa scientist okay... Takyahnak argue lebih-lebih. Telan je NW Formulani setiap malamdan anytime bila-bila sahaja.

If you don't have a coach yet, let me be your coach. Contact me at 012 377 6225 @ norhananizafirah@gmail.com.

Thank you. :)